Tuesday, December 28, 2010

Nasi Daging

NASI DAGING
SUMBER : Buku Masak Mak

3 pot beras brasmathi
4 pot 1/2 santan ( pot sukatan beras )
2 helai daun pandan - simpul
1/2 kilo daging

Bahan Tumis :
1 paket rempah kurma
1 inci kayu manis
4 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
3 kuntuk bunga cengkih
1 inci halia - hiris
4 biji bawang merah - hiris
3 biji bawang putih - hiris

CARA :
1. Tumiskan bahan tumis, iaitu.. Bawang merah, bawang putih & halia. Masukkan daun pandan.
2. Masukkan rempah kurma, daging biar sampai iar daging tu kering sket pastu masukkan santan & kacau hingga mendidih.
3. Masukkan sedikit garam, bila dah mendidih, masukkan beras yang sudah di toskan.
4. Masak macam nasi biasa.

Air Asam
3 biji cili merah
15 biji cili padi
1 inci belacan
1 biji tomato - dadu kasar
1/2 biji bawang besar - dadu kasar
Air asam jawa

CARA :
1. Semua bahan di atas di tumbuk, pastu masukkan air asam jawa biar sederhana pekat.
2. Masukkan garam & gula secukup rasa. Biar kuah ada rasa manis sket.
3. Masuk tomato & bawang besar.

** Nasi ni kitaorang wat masa bulan pose dulu....

No comments: