Sunday, May 13, 2012

Laksam


LAKSAM
SUMBER : Campo2 dgn beberapa resepi

Bahan Laksam :
4 cawan tepung beras
6 cawan air suam
4 sudu besar santan
Garam sket sbgai perasa

** kalo nak tambah lagi laksam, gandakan bahan/boleh wat separuh dari bahan2 ni **

Cara :
1. Panaskan air didih kukus.
2. Gaulkan tepung gandum, santan, air suam & garam hingga sebati.
3. Masa nak kukus, buh adunan dalam 1-2 senduk ke atas loyang/tpware/tudung periuk yg telah di lenser dgn minyak. ((Jangan terlalu tebal atau terlalu nipis. Kalo tebal nati ia patah masa nak gulung))
4. Kukus hingga masak, bila da suam2 atau kalo guna tpware, masa kuarkan daru kukus, boleh terus boleh gulung. Susun dalam pinggan


Bahan Kuah :
1 kilo ikan sardin/selayang
1 inci halia
14 biji bawang merah
3 batang serai
4 asam keping
2 sudu besar lada itam tumbuk
2 biji kelapa - ambil santannya
2 sudu besar kerisik

Cara :
1. Rebus ikan dgn sedikit asam keping hingga masak. Bila da masak, amek isinya & blend isi ikan dgn guna air rebusan ikan. Nak tumbuk isi ikan pun boleh jugak.. Terpulang..
2. Blend pulak bawang merah, serai, halia dgn santan cair/air rebusan ikan.
3. Pastu, masukkan santan, isi ikan, bahan2 blend yg lain macam bawang, halia & serai ke dalam periuk.
4. Buh gula, garam kacau hingga sebati.
5. Jerangkan atas api, buh asam keping, kacau sekali sekala supaya kuah tidak berketul, dan jangan lupa buh lada hitam tumbuk & juga kerisik, kalau dah cukup rasa boleh la matikan api.

Bahan Tabur :
Kacang panjang, taugeh mentah, timun, daun kesum, bunga kantan, daun salad, limau kasturi

Bahan sambal :
Cili kering, garam, belacan bakar, limau kasturi (( agak2 jer.. ))
- rendam/rebus cili kering yg telah di potong2 hingga lembut.
- da lembut tapis, tumbuk dgn garam, belacan, bila dah hancur, boleh perah air asam & gaulkan.

** Soda guna tpware ni wat laksam, senang tak de sisa lekat2, buh minyak mcm biasa mcm kita guna loyang, bezanya.. kalo guna tpware, senang nak gulung & yg penting x lekat langsung **


** smlam watkan kawan2 asben, dorang nak makan laksam kat tempat keje.. naseb baik cukup.. hehe.. **

3 comments:

Nora Karim said...

tak pernah buat laksam sendiri... selalu beli jek :p ingat nak try la...

Soda Hikari said...

Hai Nora... saya pun ni kali kedua baru wat sendiri.. biasa mmg beli jer kat pasa malam.. hehe.. walopun baru mencuba tapi alhamdulillah la menjadi...

hazanis said...

nice entry ..boleh la cuba lps nie...hehehe.. kakak jom la tgk blog saya plk http://kakiblogger.mygeng.org/#s01