Friday, January 2, 2009

Keledek Goreng

GORENG KELEDEK
RESEPI ASAL : My Mum

1 buku keledek
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil serbuk kunyit - kalau nak lagi kuning, boleh tambah lagi
1/4 kiub pati ayam Knorr
1 biji telur - terpulang samada nak letak atau tidak
Air peti secukupnya - untuk membancuh
Garam secukup rasa

CARA :
1. Bancuh semua bahan di atas, rasakan garamnya.
2. Masukkan keledek, kacau rata.
3. Goreng hingga masak & boleh lah dhidang.
4. Sedap dmakan dengan sambal kicap...


-->

Nasi Jagung

NASI JAGUNG
RESEPI ASAL : My Mum

3 cawan berasmathi
4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 tongkol jagung - hiris isinya
2 sudu besar minyak sapi
3 biji bwg besar - blend
3 biji bwg kecil - blend/tumbuk
Sehelai daun pandan - simpulkan

BAHAN A:
3 biji bwg merah - hiris
2 biji bwg putih - hiris
1/2 inci halia - hiris
2 biji cengkih
2 kuntum bunga lawang
1/2 inci kulit kayu manis

CARA :
1. Tumiskan semua BAHAN A. Masukkan daun pandan, kacau rata.
2. Masukkan bwg yang telah dblend. Bila sudah naik bau, masukkan air, susu cair serta jagung ke dalamnya.
3. Biarkan sehingga nasi masak sepenuhnya. (Boleh dmasak guna periuk biasa / rice cooker)
4. Nasi jagung ini boleh dmakan bersama rendang atau pun kurma.

Petua Serbaguna - 1

SUPAYA EPAL TIDAK BERUBAH WARNA
Selalunya, epal akan berubah warna menjadi kecoklatan. Cara untuk mengelakkannya
iaitu setiap kali selepas memotongnya, anda rendamlah ia terlebih dahulu dalam air garam. Biarkan hirisan atau potongan epal ini terendam seketika sebelum di angkat untuk dihidangkan.

KEJU TIDAK BERCENDAWAN
Keju yang disimpan lama akan ditumbuhi cendawan. Ada 1 cara untuk menyimpannya. Bungkuslah keju tersebut rapat-rapat dalam sehelai kain bersih yang telah dilembabkan dengan air garam terlebih dahulu. Dengan demikian, keju anda akan lebih tahan lama.

GORENGAN TAUHU TIDAK MELEKAT
Caranya ialah dengan memasukkan sedikit garam ke dalam minyak panas. Kemudian, berulah dimasukkan tauhu. Selain itu, anda boleh juga gaulkan tauhu itu dengan sedikit garam hingga rata & goreng seperti biasa. Hasilnya, tauhu tidak akan melekat dengan teruk lagi.

MEMBERSIHKAN SISIK IKAN
Agak sukar & mengambil masa yang lama untuk membersihkan ikan yang mempunyai banyak sisik. Masalah ini dapat di atasi dengan merendam ikan dalam air panas selama seminit. Cara lain ialah dengan melumurkan ikan dengan cuka. Cubalah & anda pasti tidak akan serik untuk membeli ikan bersisik lagi.

MENGHILANGKAN BAU MUNTAH BAYI
Bau muntah bayi memang meloyakan. Untuk menghilangkan baunya, setelah dicuci bersih tempat yang terkena muntah tadi, renjiskan beberapa titik cuka di tempat yang terkena muntah tadi. Gosok-gosokkan, hasilnya sungguh memuaskan.

BANCUHAN TEPUNG TIDAK BERGENTEL
Bila kita hendak membuat kuih, biasanya tepung akan bergentel apabila kita campurkan dengan santan. Untuk mengelakkan bancuhan ini dari bergentel, masukkan tepung bersama santan atau air mengikut sukatannya ke dalam blender. Mudah-mudahan ia elok rata & kerja kita menjadi mudah.

ELAK SUSU DARI MERUAP TINGGI
Ketika memasak susu, anda tidak dapat mengelak ia dari meruap. Kalai dibiarkan, boleh melimpah keluar & meninggalkan kesan hitam. Oleh itu, setiap kali merebus susu, sapukan di sekelilingnya dengan mentega/marjerin setiap kali hendak merebus susu. Insaallah, susu tidak akan melimpah keluar serta mengotorkan periuk anda lagi.

MENGENAL MADU ASLI
Cara untuk membezakan madu asli dengan madu yang telah dicampurkan dengan bahan lain ialah, madu asli yang biasanya tidak bercampur dengan bahan lain rasanya 'kemasaman'.
Bila di bakar dengan api, ianya akan terbakar. Antara khasiat madu asli ialah, kalau di sapu pada gigitan lipan, bisanya akan berkurangan.

AIR LIMAU GEBUKAN NASI
Limau nipis yang selalu digunakan untuk memasak, boleh juga di gunakan untuk melembut & menggebukan nasi. Caranya ambil 1 atau 2 titis air limau nipis, masukkan ke dalam nasi yang telah pun kering & tutup. Biarkan sehingga nasi betul2 masak. Nasi anda bukan sahaja gebu & lembut malah berbau wangi.

SUPAYA IKAN PANGGANG SENTIASA LEMBUT
Ikan panggang yang sudah di bakar bila sejuk akan menjadi keras. Ini sudah tentu tidak enak untuk di makan. Supaya ia tetap lembut, renjiskan sedikit air bersih ke atas ikan yang sudah di panggang itu. Dengan ini, ikan panggang anda akan sentiasa lembut.

DAGING/AYAM TETAP SEGAR
Agar daging/ayam yang di simpan dalam peti sejuk tahan lama & tidak berbau, tumbukkan halia sebesar ibu jari untuk sekilo daging/seekor ayam & taburkan atas daging/ayam tadi.

KACANG GORENG LEBIH LAZAT
Kita tentu ingin kacang goreng kita menjadi garing, empuk & lazat. Ini dapat di hasilkan jika kacang yang di kupas kulitnya akan di rendam dalam santan dari satu biji kelapa. Letakkan sedikit garam serta sedikit bawang putih yang di tumbuk terlebih dahulu. Setelah 1/2 jam, goreng kacang tadi menggunakan minyak yang cukup panas.

HATI & PEDAL AYAM TIDAK MELETUP
Setiap kali menggoreng hati & ayam, selalunya akan memercik atau meletup. Untuk mengelakkan, mula2 rebus hati/pedal ayam bersama air yang sama paras. Setelah separuh masak, toskan hingga kering. Kemudian, gaulkan garam kunyit, dan bolehlah di goreng seperti biasa.

MENYIMPAN TAUHU SUPAYA TAHAN LAMA
Tauhu boleh menjadi masam jika tidak di simpan dengan betul. Cara untuk menyimpannya ialah bersihkan tauhu kemudian tos hingga kering. Masukkan dalam satu bekas & rendamkan ia dengan air panas. Tunggu hingga air kembali sejuk. Sesudah itu, keluarkan tauhu tadi & rendam kembali tauhu dengan air. Walaupun ia tidak di simpan dalam peti sejuk, ia boleh tahan lama & tidak akan bertukar menjadi masam.

Thursday, January 1, 2009

Petua Tentang Penyakit - 2

Mengeluarkan Semut Dari Dalam Telinga

Sebahagian dari kita pernah mengalami kemasukan semut di dalam telinga. Cara untuk mengeluarkannya ialah dengan mengambil kapur sireh (sebaiknya yang lembut yang telah banyak terendam dalam air). Sapukan kapur tadi pada sekeliling telinga (bahagian luar bukan di dalam). Biarkan seketika, pasti semut itu akan keluar dengan sendirinya.

Senaman Mudah Utk Hilangkan Lenguh Peha & Kaki

Banyak melakukan kerja rumah atau berjalan jauh boleh memenatkan otot-otot di bahagian kaki & juga peha. Cara paling mudah untuk menghilangkan rasa ketegangan ini dengan melakukan senaman ringan. Caranya, dengan meniarap di atas lantai kemudian angkat perlahan-lahan kedua-dua belah kaki ke atas supaya otot dapat berehat.

Mengelakkan Sakit Gigi & Mulut

Umtuk mengelakkannya iaitu dengan mencampurkan sedikit garam halus pada ubat gigi anda. Gosok rata pada keseluruhan gigi & dalam mulut anda.


Kuku Kaki Cekam

Buah manggis selain sedap dmakan, kulitnya amat berguna untuk menghilangkan cekam kuku kaki. Caranya ambil bahagian dalam kulit manggis dan letakkan ke kuku yang dmakan cekam. Buat seperti memakai inai. Amalkan selalu. Insyaallah kesannya dapat dlihat dalam beberapa hari sahaja.

Hilangkan Calar Balar & Miang

Untuk mengatasi kaki & tangan yang terasa miang atau calar balar, cubalah melumurkan minyak kelapa dengan sedikit garam yang siap dbancuh di tempat yang miang & calar balar tadi, anda akan merasa nyaman & selesa selepas itu.

· Jika tidak ada minyak kelapa, sebarang minyak masak juga boleh digunakan.

Limau Nipis Segarkan Badan

Bagi anda yang selalu demam atau pening kepala tentu tiada selera makan. Bagi mengatasi masalah itu, minumlah secawan air campuran limau nipis (1 biji limau dengan 1 cawan air suam).. Selawat terlebih dahulu, Insyaallah, anda akan merasa lebih segar, mengelakkan kita dari muntah & boleh juga damalkan bila hendak berjalan jauh.

Sakit Perut Selepas Makan Bubur Kacang

Sekali-sekala makan bubur kacang memang menyelerakan. Tapi, jika makan secara berlebihan akan mendatangkan sakit perut pada sesiapa yang tidak biasa. Untuk mengelakkannya, masukkan 2 atau 3 hiris halia ketika anda memasak bubur kacang.

Keracunan

Jika anda atau anak-anak anda termakan racun, langkah yang sehabis pantas ialah dengan meminum air kelapa muda. Minum banyak-banyak air kelapa muda tadi, ia dapat mengurangkan bahaya racun tadi. Kemudian terus berjumpa doktor.

Hilangkan Parut Demam Campak

Untuk menghilangkan parut demam campak ialah dengan mencampurkan sedikit daun cermai ke dalam sedikit beras yang telah drendam terlebih dahulu. Kisar bersama air kemudian dsapu pada badan yang baru sembuh daripada demma campak kira-kira 10 hari. Lakukan 3x sehari.

Penawar Darah Tinggi

Penhidap darah tinggi dgalakkan mencuba petua ini. Daun sup (terpulang pada anda berapa banyak yang dperlukan). Cuci bersih kemudian rebus bersama air. Jangan campur garam atau apa-apa serbuk perasa. Bila sudah mendidih, angkat & biarlah terlebih dahulu. Bila dah suam, bolehlah dminum airnya sambil berselawat. Amalkan selalu.

Kurangkan Kadar Kolestrol

Perah sedikit lemon & campurkan dengan 1 sudu kecil minyak zaitun. Amalkan meminumnya 2 atau 3x sehari atau setiap kali mengambil makanan berkolesterol tinggi. Insyaallah, kesannya akan dapat drasai dalam masa seminggu. Ia juga dapat menghilangkan pembetukan selulit.

Perut Sebu

Biasanya kita gemar memakan makanan seperti nangka, pisang embun & labu tetapi kerap mengalami rasa kurang selesa selepas memakannya. Cuba letak 1 susu kecil halba di dalam gelas & tuangkan air panas mendidih. Biar hingga air itu suam. Kacau, kemudian minum.

Petua Tentang Penyakit - 1

Menghilangkan Gatal Tekak

Kadang-kadang tekak terasa gatal terutama sekali di waktu malam. Sementara menunggu esok pagi untuk berjumpa doktor, cuba campurkan air limau nipis dengan kapur sireh & sapukan pada leher.

Kismis Tambah Darah

Orang tua-tua dahulu sering mengamalkan memakannya sebagai ubat bagi mengubati penyakit kurang darah. Caranya, rebuslah 1 gelas kismis dengan 3 gelas air sampai tinggal segelas, minumlah hingga badan terasa segar kembali.

Khasiat Sayur Bayam

Sayur bayam memang banyak khasiatnya kepada tubuh badan kita. Terutamanya jika di makan mentah-mentah untuk memulihkan sel darah merah dalam badan kita. Caranya ambil bayam dcuci bersih-bersih lalu dtumbuk, perah airnya & masukkan dalam satu bekas dcampur dengan madu. Anak-anak kecil baik jika dberikan minuman ini terutama jika dia sering lemah-lemah & kurang darah. Minuman ini juga baik untuk merangsang pembentukan sel-sel darah baru dalam tubuh anda.

Limau Sunkist Untuk Batuk Berpanjangan

Ambil sebiji limau Sunkist, potong dalam bentuk memangkah tapi jangan sampai putus. Masukkan gula batu di dalam pangkahan tersebut, semasa memasak nasi tunggu sampai nasi separuh kering, letakkan limau tadi di atas nasi biarkan selama 5 minit. Keluarkan & embunkan semalaman. Esok paginya, makan limau tadi sambil berselawat 3x. Lakukan selama 3 pagi berturut-turut. Walaupun prosesnya agak rumit tapi kata orang, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Ubat Darah Gemuruh

Caranya, sebelum atau sesudah merasa berdebar, segeralah minum air yang dbancuh dengan sesudu gula pasir. Anda akan merasa lega selepas itu.

Petua ini boleh juga digunakan bagi anda yang sukar hendak tidur.

Kegunaan Gambir

Gambir sebenarnya boleh juga djadikan ubat bagi membanteras penyakit gusi, rahim berdarah & juga bisul.

..Untuk sakit gusi, rendamkan sekeping gambir selama 24 jam, kumur-kumurlah setiap kali sarapan pagi& juga di sebalah malam sebelum tidur.

..Untuk penyakit rahim berdarah pula, rendaman gambir ini boleh dminum begitu sahaja.

..Untuk bisul pula, tmbuk sekeping gambir & tampalkan pada bahagian yang dserang bisul tadi. Ulangi hingga sembuh.

Keluarkan Duri Atau Selumbar

Duri atau selumbar yang halus memang sukar dikeluarkan dari kulit. Cara paling mudah dengan merendamkan bahagian yang terkena cucukan tadi selama ½ jam ke dalam cuka makan. Bila kulit mengecut, selumbar atau duri tadi mudah terkeluar dengan sendirinya.

Halia Hilangkan Sakit Badan

Jika anda sering merasa lemah badan & sakit di sana sini, cubalah petua ini. Ambil 5cm halia dmasak dengan 1 gelas air & minum airnya. Jika hendak manis, tambah madu lebah asli. Mudah-mudahan sakit anda beransur lega.

Menghilangkan Pening Kepala

Ambil sebiji limau nipis, perah airnya. Campurkan dengan suku gelas air sejuk. Campur sedikit garam & minum. Cara kedua adalah, bila mandi pagi, mulakan dengan membasuh muka, biarkan ia kering sendiri.

Bersin Di Waktu Pagi

Sekiranya anda bangun pada setiap pagi, selalu menhadapi masalah bersin, cara mengatasinya cubalah memasukkan air sejuk ke dalam hidung anda. Kemudian, tumpahkan keluar semula. Ulangi beberapa kali.