Tuesday, September 28, 2010

Ais Krim Oreo




AIS KRIM OREO
SUMBER : Kitab Respi Soda
2 1/2 cawan susu coklat Dutch Lady - 2 kotak kecik
2 1/2 cawan Coffeemate - yg 450gm ( bo wat 2x eskem )
5 keping biskut Oreo - x kesah yg krim coklat/putih
3 sudu besar milo/vico - jika perlu
** Susu pekat & gula x perlu yer, coz biskut ni, krim dia da manis...
CARA :
1. Masukkan susu coklat, milo/vico & coffeemate yg telah di sukat ke dalam blender.
2. Blender selama 5 minit.
3. Patahkan 3 keping biskut oreo, masukkan ke dalamnya & blender lagi beberapa minit.
4. Pastu, kuarkan adunan, masukkan ke dalam bekas & tutupkan, pastu simpan dlm peti sejuk, selama 2 jam.
5. Selepas 2 jam, kuarkan & blender lagi untuk beberapa minit.
6. Pastu, masukkan semula ke dalam bekas, patah2kan 2 keping biskut oreo & tabur di atasnya & tutupkan.
7. Kendian, simpan semula ke dalam peti sejuk untuk semalaman.
*** Kalo x nak letak biskut, nak wat eskem coklat sahaja, campurkan 2 sudu besar susu pekat.
*** Kalo nak wat eskem len, juz masukkan perasa yg bo dbeli kat kedai kek, & tukar susu buhla topping ikut citarasa korg... Cth : nak wat eskem stoberi, guna susu stoberi.. Soda dah try wat eskem stoberi, capucino, coklat & jagung... Seme bezzz.. Yg penting, korang kena ejas susu & perasa jer...
*** Pastu, untuk topping dia, selain oreo, bo guna coklat rice/coklat chip/coklat cair.. Bo gak masukkan eskem ni dalam cup, yg bo dbeli kat pasaraya....
Samat mencube....

Friday, September 17, 2010

Nasi Ulam



NASI ULAM
SUMBER : Arwah Nenek
Nasi putih biasa - 1 1/2 pot
Bawang besar - dadu
Kelapa yang di sangai
Serai muda - hiris nipis2
Lengkuas muda - dadu halus
Ikan masin talang - tumbuk hancur
Lada hitam sket - tumbuk
Garam secukup rasa
Daun kaduk - hiris halus
Daun selom - hiris halus
Daun kunyit - hiris halus
Pucuk manir - hiris halus
Daun kesum - hiris halus
*** Bahan2 ni agak2 jer la dgn sukatan nasi tu yer..
CARA :
1. Bila nasi dah masak, haulkan semua bahan2 di atas semasa nasi masih panas.
2. Gaulkan garamnya hingga secukup rasa.
3. Boleh di makan begitu sahaja atau di makan bersama lauk lain/sambal budu..

Lepat Pisang

LEPAT PISANG
RESEPI ASAL : My Mum

Beberapa helai daun pisang
1 cawan kelapa parut
8 biji pisang awak / pisang embun - lenyek
Sedikit garam
Sedikit tepung gandum

CARA :
1. Untuk sukatan pisang dgn tepung, caranya : sukat isi pisang, kalo pisang 2 cawan, tepung sukat 1 cawan ( cawan yg sama).
2. Kemudian, masukkan seme bahan dalam bekas, gaul rata & bungkus dalam daun pisang.
3. Masukkan dalam bekas & kukus hingga masak lebih kurang 30 minit.

Kubis Goreng Ikan Masin

KUBIS GORENG IKAN MASIN
RESEPI ASAL : My Dad

Semangkuk sayur kubis - hiris2
ikan bilis secukupnya
1 biji bawang merah - hiris
1 biji bawang putih - ketuk
Ikan masin jeruk sket
Beberapa biji cili api - potong2

CARA :
1. Tumis bawang merah, bawang putih, ikan bilis hingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan cili, masukkan ikan masin jeruk dan kacau.
3. Pastu, masukkan kubis, buh air sketttt jer, kemudian gaul rata.
4. Bila sayur dah masak, rasa pun dah ok, matikan api.

Friday, July 30, 2010

Petua Lembutkan Daging


Salam.. Ok, kali ni Soda nak kongsi dgn kawan2 seme cara2 nak lembutkan daging. Bukan apa, kadang2 Soda tengok tiwi rancangan masak2.. Ada gak penonton tanya cemana nak lembutkan daging.. Memang ada mcm2 cara, tapi sebenarnya cara yg paling senang adalah seblom kita masak dagung tuh..

Cemana..?? Camni, macam mak Soda selalu pesan, seblom kita hiris daging, X kesah la nak wat masak apa pomm.. Yg penting kita belek2 dulu, cari mana urat dia... Kalo urat dia memanjang, kita jgn hiris manjang gak.. Kita kena rentas urat tuh, kasik potong sama dia...

Kadang2 sesetengah orang, men hemtam taram jer potong daging tuh kan, X tengok2 mana urat dia, tuh yg bila masak daging tuh jadi liat, pasal cara potong X betol..



Ni Soda ada buh gamba, Yg penting hiris daging tuh kasik rentas uratnya, itu ajer... Sonang yooo.... Yg anak panah tanda ijau tuh urat2 daging, so cara nak potong daging, mcm gambar kat atas tu la....

Friday, July 2, 2010

Nasi Ayam

NASI AYAM
RESEPI ASAL : My Mum

UNTUK SUP & AYAM GORENG:
1 ekor ayam - belah 4
2 keping kulit kayu manis
6 tangkai bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
2 paket sup bunjut adabi
2 inci halia - hiris
3 ketul kiub ayam Knorr
1 paket rempah sup adabi size kecil

BAHAN PERAP AYAM:
Sos tiram knorr, kicap adabi manis & Madu

Cara masak sup:
1. Masukkan ayam, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, sup bunjut, halia.
2. Masukkan air sampai penuh periuk, bila gelegak, masukkan kiub ayam, rempah adabi, buh sket garam.
3. Bila ayam dah betul2 masak, tutup api. Keluarkan ayam2 tu..
4. Bila ayam dah separuh sejuk, sapukan ayam tadi dgn bahan perap spt kicap adabi manis/cap kicap udang & sos tiram knorr, madu sket, sapu dan gaul satu persatu ayam tersebut.
5. Bila agak mesra bahan perap tadi, gorengkan ayam dalam minyak yg banyak (mcm nak goreng ayam biasa tu)
** Jangan terlalu garing, biar lembut, perang sket dah cukup.


UNTUK NASI :
1. Cuci beras 5 pot (pot beras yg plastik) 2. Kemudian, panaskan kuali masukkan 3 sudu besar butter/marjerin dan tumis kan 4 biji bwg.putih tumbuk, stgh inci halia tumbuk, daun pandan 2 helai yg di simpul 
3. Masukkan air rebusan ayam (kuah sup) tadi mengikut sukatan yg dikehendaki ke dalam beras yg sudah di cuci
4. Tuangkan bahan yg di tumis tadi ke dalam periuk, kaco sedikit biar sebati
5. Bila nasi dah masak, balik2 kan dengan senduk. 

** Disebabkan, kuah utk sup dah di amek sket untuk masak nasi, so... kena tambah kan lagi air ke dalam periuk sup sebanyak mana yg mula2 masak tadi, masukkan garam, sesuaikan rasanya, bila gelegak, matikan api.

UNTUK ULAM :
1 biji salad / daun salad - bersihkan sehelai-sehelai
4 biji buah tomato - hiris bulat2
1 biji timun - kupas kulit, cakar2 guna garfu dan hiris serong
Daun sup, daun bawang
Bawang goreng secukupnya

UNTUK SAMBAL :
6 biji cili merah (nak pedas +cili api)
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
=> blend kan guna air masak sket. Pastu keluarkan buh dalam mangkuk, masukkan 1 sudu besar cuka, 4 sudu besar sos cili, 2 sudu besar sos tomato gula & garam secukup rasa
=> kalo nak banyak, gandakan bahan2 ni yer..


Monday, June 21, 2010

Hati Ayam Masak Kicap

HATI MASAK KICAP
RESEPI ASAL : My Mum

1/2 kg hati & pedal ayam
1 biji bawang besar - potong bulat
3 biji cili hijau & merah - belah 2
1 1/2 senduk gulai cili kering blender
1/2 inci halia
Kicap Adabi sket (ikut la nak sehitam mana.. hehe)

BAHAN BLENDER
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1 inci kulit kayu manis

CARA :
1. Gaul hati & pedal ayam dengan serbuk kunyit & garam. Kemudian, goreng seme sampai abis. Pastu, ketepikan.
2. Tumis bahan blender, biar kekuningan bersama kayu manis. Masukkan cili kering blender, tumiskan sampai naik minyak.
3. Masukkan bawang besar & cili hijau serta merah.
4. Bila bawang & cili layu, masukkan kicap, gaul sebati, sedikit garam dan perasa.
5. Pastu, gaul sebati, masukkan hati ayam yg telah di goreng tadi

Monday, June 14, 2010

Prosperity Burger


HANDMADE PROSPERITY BURGER
SUMBER : Kitab Respi Soda


2 ulas bawang putih - cincang
1 1/2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar lada hitam - tumbuk ( X nak pedas, boleh kurangkan, bo juga nak campo dgn lada putih yer )

Garam & gula secukup rasa

Bahan A :
2 sudu besar kicap
2 sudu besar tomato
1 sudu besar tiram
1 cawan air masak
1/2 labu bawang besar - potong dadu

CARA :
1. Tumis bawang putih & lada hitam hingga garing.
2. Masukkan BAHAN2 di dalam 1 bekas.
3. Gaul rata, kemudian masukkan ke dalam kuali.
4. Masak sampai ia pekat, kalau terlalu pekat campurkan air, masukkan garam serta gula secukup rasa.
*** Ermmm, kuah ni senanya boleh jer nak modify nak pedas giler ker, sederhana pedas ke or kurang pedas.. Sambil wat tu boleh rasa2 yer.. Hehe.. Kuah ni kalo x abes, bo wat kuah untuk ciken chop jugak.. Hehe..

Thursday, May 27, 2010

Cendawan Goreng

CENDAWAN GORENG
SUMBER : My Mum

1 paket cendawan
Sedikit garam
Sedikit tepung gandum

CARA :
1. Cuci bersih & perah air cendawan sampai kering
2. Gaulkan dengan garam ( agak2 jer la yer.. )
3. Panaskan minyak, pastu gaulkan cendawan dengan tepung gandum ( agak2 jgk la ekk.. )
pastu, goreng kan mereka2 itu sehingga masak, hehe...

*** Ni cara yg paling simple sebenarnya, tp korang boleh modify mcm2 la, cam gaul dgn telur putih & celup tepung ker... juz gaul garam & serbuk kari ker... Seme pun sedap la.. Yg gaul serbuk kari tuh paling besttttt...

Tuesday, May 11, 2010

Udang Mamak


UDANG MAMAK
SUMBER : Buku Masak Mak

1 kilo udang - kalo udang galah, lagi terbaekk punya
2 biji limau nipis - ambil jusnya
1 biji bawang besar - cincang
1 biji bawang putih - cincang
1 cm halia muda - tumbuk
1 batang serai - di ketuk
1/2 cawan air/stok ikan
1 susu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar serbuk kari ikan
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 senduk gulai cili kering blender
2 tangkai daun kari
4 helai daun pandan
Garam, gula serbuk lada sulah

CARA :
1. Perapkan udang dgn garam, serbuk lada sulah & jus limau untuk seketika.
2. Panaskan minyak, goreng udang hingga masak, ketepikan.
3. Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, daun pandan, daun kari hingga naik bau.
4. Masukkan bawang putih, halia, serai, serbuk kari & cili kering blender, goreng seketika.
5. Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, stok ikanm garam gula secukup rasa, gaul sebati.
6. Last, masukkan udang, balik2 kan & tutup api.

** Hehe, Soda sudah menjelmakan respi2 nya kembali.. Samat mencuba yer.. :)