Pagi tadi bekpes makan spiral goreng. Tapi campur ngan makaroni yang lebih2 masa masak sup dulu. Ada macam2 cara wat masakan ni, yang ni dapat dari kawan, ayah dia pandai masak..
Tapi dia kasik asas jek la.. So, Cik Soda tambah2 la ikut citarasa senirik.. Hehehe...
SPIRAL GORENG
RESEPI ASAL : Ayah Hazreen + Ejas Senirik
1 mangkuk spiral/makaroni
1 mangkuk kecil ayam - hiris/potong dadu
1 biji telur
3 sudu besar cili kering blender - kalo suka pedas, lebihkan cili
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil serbuk pati ayam Knorr
2 sudu kecil tomato puri - Soda suka guna cap Ayam Brand,
tak masam sangat
1/2 biji bwg besar - hiris
1 tangkai daun sup, jika suka - hiris
Sayur campur secukupnya - rebus hingga lembut
BAHAN TUMBUK :
3 biji bwg merah
2 sudu besar udang kering - kalo udang kering tu jenis masin, buh sket jek
* Kalau nak buh udang, sotong, cendawan butang ker boleh.. Nak buh cili benggala warna-warni pun boleh... Terpulang pada selera masing-masing
CARA :
1. Tumis bwg merah hingga wangi. Masukkan udang kering tumbuk.
Kacau rata. Kemudian, masukkan bwg besar.
2. Bila udang hampir garing, masukkan cili kering. Kemudian, bila minyak naik,
masukkan ayam.
3. Setelah ayam masak, ketepikan bahan tumisan di tepi kuali, kemudian masukkan telur.
4. Balik2 kan telur, kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram,
sos ikan, tomato puri, pati ayam & masukkan juga sedikit air.
5. Kacau rata, kemudian masukkan sayur campur, masukkan spiral.
6. Gaul supaya semuanya sebati.
7. Tak perlu buh garam, sebab sos tiram, udang kering ngan sos ikan dah masin. Tapi kalo mmg suka masin, tambahlah sedikit garam.
Friday, February 27, 2009
Wednesday, February 25, 2009
Sotong Goreng Sos Tiram
SOTONG GORENG SOS TIRAM
RESEPI ASAL : Diri Sendiri
1 mangkuk sotong
1 biji bwg besar - hiris
1 ulas bwg putih - hiris/ketuk
2 biji cili merah - hiris
1 sudu besar sos tiram
Sedikit lada sulah
Sedikit daun bwg - kalo tak suka, tak perlu letak
Sedikit sebuk kunyit
Garam secukup rasa
CARA :
1. Pertama sekali, setelah sotong dibersihkan, toskan. Kemudian, gaulkan dengan serbuk kunyit & garam. Perapkan sekejap.
2. Panaskan minyak, goreng sotong dengan api yang kuat. Pastu, masukkan dalam pinggan.
3. Tumis pula bwg putih, masukkan bwg besar & juga cili merah. Gaul sebentar.
4. Pastu, masukkan sos tiram, lada sulah, daun bawang & sotong tadi.
5. Kuatkan api & kacau dengan cepat, kemudian boleh la matikan api.
* Jangan goreng sotong terlalu lama, kerana ia akan liat..
* Jika tak nak sotong meletup semasa menggoreng, rebus terlebih dahulu, supaya airnya keluar.

Monday, February 23, 2009
Murtabak Mi Maggi
Malam semalam, tingin nak makan roti celop telo buh jem.. Tapi satu Kg. Dato.. Kg. Hilir.. Bandung.. Seme kehabisan roti putih. Frust jugak la... Kat Giant mmg ada, tapi roti dia tebal. Tak bez.. Alih2.. Tgk dalam kotak ada maggie.. Wat jek la murtabak, abes citer.. Hehe... Tapi sayor campo (mix vegetable) takder lak lam fridge.. Yg ada sayo sawi jepun.. Blasah jek la.. Asalkan sayo..
MURTABAK MI MAGGI
RESEPI ASAL : Diri Sendiri
1 bungkus mi maggie - celur dulu
1 biji telur
2 biji bwg merah atau 1/2 biji bwg besar - hiris atau potong dadu
2 biji lada merah - potong dadu atau hiris
1 magkuk sayur campo - rebus dulu hingga lembut & toskan (kalo xder, apa2 sayur pon boleh)
Sedikit ikan bilis - nak lagi bez guna udang
1 sudu besar sos ikan
1 perencah kari maggie - tak perlu habiskan (masin) tapi terpulang pada citarasa korang
1 sudu kecil serbuk perasa ayam
CARA :
1. Selepas maggie dicelur, toskan.
2. Masukkan telur ke dalam mangkuk, pukul sebentar.
3. Masukkan sayur, cili, bawang, ikan bilis/udang, perencah kari, perasa ayam & sos ikan ke dalam mangkuk tersebut kemudian, gaul rata.
4. Pastu, baru masukkan maggie. Gaul supaya semuanya sebati.
5. Panaskan minyak, guna sudip dan masukkan bancuhan tadi ke dalam kuali, buat bentuk yang anda suka.. Bulat atau 4 segi.. Hehe.. Leper2 kan. Api jangan besar, sederhana jek.
6. Masak ikut saiz yang anda suka. Nak tebal/nipis/besar/kecik...
7. Bila warnanya kecoklatan... Bolehlah di angkat.
8. Boleh di makan begitu sahaja atau cicah dengan sos cili/sos thai..
Selimpat Goreng Belacan
SELIMPAT GORENG BELACAN
RESEPI ASAL : My Mum
1 ikat pucuk selimpat
3 biji bwg merah
2 biji bwg putih
2 sudu besar cili padi - tumbuk
1/2 inci belacan
1 1/2 sudu besar taucu
Sedikit ikan bilis
Air untuk kuah
Garam secukup rasa
CARA :
1. Tumbuk cili padi hingga hancur. Kemudian, masukkan belacan & tumbuk.
2. Masukkan pula bwg merah, bwg putih & ikan bilis tumbuk tapi jangan sampai hancur.
3. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang telah di tumbuk.
4. Bila sudah naik bau.. Masukkan pucuk selimpat. Gaul rata.
5. Masukkan taucu serta air secukupnya... Ikut suka samada nak kuah banyak atau sikit.
6. Masukkan garam secukup rasa.
7. Masak jangan terlalu lama kerana pucuk ini cepat layu.

Sunday, February 22, 2009
Aku Dan Istana..
Seperti yang dijanjikan long2 agooo..... Maka hari ini aku pamerkan gambo2 nih..
Ini adalah sebahagian dari koleksi gambo2 istana lama yang ada dalam simpanan aku.
Aku cilokkk dari tenet... Hahaha... Aku punya suka la kan.. Nak copy ker.. Nak fotostat ker.. Nak cilok ker.. Mukan kenek bayor pong... Hua hua hua...
Srtuktur bangunan, kaler a.k.a waner dia tuh yang wat aku tertarik.. Ko mimang da bombb.. Hehehe....
Bila aku tengok gambo2 ni.. Aku rasa macam sonok jek.. Indah jek.. Macam aku lak dok kat istana tuh.. Esemen, bangan jek la.. Mukan betol2.. Nak bli atap istana pong aku tak mampu.. Hehe.. Tapi dalam masa yang sama mula la pikir yang bukan2.. Nama pong istana.. Lama plak tuh.. Musti ada antu kan...??? Ngeeeee

Saturday, February 21, 2009
Puding Roti
PUDING ROTI
RESEPI ASAL : Erra Fazira
1 buku roti putih
2 kotak kismis
1/2 cawan madu lebah
1 tin susu cair Ideal
1 sudu kecil esen vanilla
2 tin krim Nestle
2 biji kuning telur
3 biji telur - putih+kuning
Sedikit gula pasir
Sedikit marjerin
CARA :
1. Sapukan marjerin pada loyang/mangkuk yang akan digunakan untuk membakar puding nanti.
2. Sapukan pula marjerin pada roti putih. Belah dua roti tu & letak dalam loyang.
3. Susun hingga menutupi lapisan bawah loyang.
4. Setelah itu, taburkan pula kismis, madu & juga gula.
5. Ulang proses yang sama hingga habis lapisan roti menutupi loyang.
CARA BUAT SOS :
1. Masukkan susu cair ke dalam mangkuk.
2. Campurkan krim, tambahkan gula lebih kurang 5 sudu besar.
3. Masukkan 2 biji kuning telur, kacau.
4. Masukkan lagi 3 biji telur & kacau lagi.
5. Masukkan esen vanilla, kacau hingga gula hancur.
6. Selepas itu, tuang sos ke dalam loyang tadi & bakar hingga masak selama 25 minit.
7. Sejukkan terlebih dahulu, kemudian baru di potong.
*Simpan dalam peti sejok ehh.. Sedap jek kalo makan time sejokkk...

Ikan Keli Salai Masak Lemak
Ada permintaan dari Cek Lawa nak ikan keli salai masak lemak.. Disebabkan Cik Soda tidak gemar makan ikan itu maka Cik Soda cuba mencari dan dapatkannya dari Mat Gebu.. Hehe... Semoga Cek Lawa berpuas hati.. Hehe...
BAHAN UTAMA
2 ekor ikan keli sungai
1 camca teh serbuk kunyit
Sedikit garam - lumur pada ikan
4 batang serai - dititik
2 kuntum bunga kunyit
10 biji limau kasturi - perah jusnya
1 bijii kelapa - parut
BAHAN TUMBUK HALUS
1/2 cawan cili padi - guna yang hijau
2 inci kunyit hidup
1 camca teh garam kasar
CARA :
1. Siang ikan keli sungai, cuci bersih & lumur serbuk kunyit & sedikit garam. Panggang hingga garing, angkat dan ketepikan. Tuang 3/4 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no.1.. Tuang lagi 1 1/2 cawan air, ramas & perah untuk santan no.2, ketepikan.
2. Dalam periuk, masukkan bahan tumbuk lumat, serai & santan no.2.. Masak atas api sederhana hingga mendidih. Masukkan ikan panggang tadi dan biar mendidih.
Tuang santan no.1 & masukkan bunga kunyit.
3. Bila mendidih, tuang jus limau kasturi. Kacau rata. rasa kuahnya, jika kurang garam boleh tambah. Biar masak 2-3 minit & bolehlah matikan api. Boleh dihidangkan bersama nasi hangat & ulam-ulaman...
Resepi Asal : En. Mat Gebu
Gambar : Saji Online
Sambal Hati Ayam
SAMBAL HATI AYAM
RESEPI ASAL : Arwah Nenek
BAHAN TUMBUK
4 biji bwg putih
6 biji bwg merah
1 inci halia
1/2 kg hati ayam
2 senduk gulai cili kering blender ( kalo x nak pedas, kurangkan cili)
1 mangkuk santan pekat
Sedikit serbuk kunyit
Gula & garam secukup rasa
CARA :
1. Basuh bersih hati ayam, toskan. Kemudian lumur serbuk kunyit & sedikit garam.
2. Goreng hati ayam hingga garing, asingkan..
(tapi kalo x suka garing, separuh garing pun boleh..)
3. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan tumbuk hingga wangi.
4. Masukkan cili kering, bila sudah naik minyak, masukkan santan.
5. Masakkan dengan api sederhana, kacau sekali-sekala supaya santan tidak berkepala.
6. Masak hingga kuah hampir pekat. Masukkan garam & gula secukup rasa.
7. Bila kuah sedikit pekat, masukkan hati ayam yang telah di goreng.
8. Kacau rata kemudian matikan api.
Wednesday, February 18, 2009
Daging Masak Merah
Minggu lepas ada kawan Cik Soda nak pindah ke Muar, so.. Ana (kawan), Cik Soda dengan mak, bantu sket2 masak tengah hari & makan malam untuk mereka sekeluarga. Maklumlah.. Barang dorang dah kemas2. Tinggal nak masok kontena je kan..
Kebetulan menu hari tuh, Cik Soda ada masak Daging Masak Merah.. Dapat la jugak dorang merasa air tangan Cik Soda yang tak seberapa ni.. Hehehe... Tapi, takderlah hiasan2..
Guna apa yang da kat umah jer.. Hehe..
Tapi kat resepi bawah ni ada Cik Soda senaraikan bahan hiasan untuk masakan ni...
DAGING MASAK MERAH
RESEPI ASAL : Diri Sendiri
300 gm daging lembu - rebus & hiris
BAHAN A - tumbuk
3 biji bwg merah
2 biji bwg putih
BAHAN B - blend
1 biji bwg besar
10 biji cili merah - buang biji
2 senduk gulai cili kering blender
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos ikan
1/2 cawan air rebusan daging
Garam & gula secukup rasa
UTK HIASAN :
3 biji cili merah - hiris kasar
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 biji tomato - belah 4
CARA :
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan BAHAN A hingga naik bau.
2. Masukkan BAHAN B, kacau hingga cili masak. Kemudian masukkan cili kering blender.
3. Bila sudah naik minyak, masukkan sos tomato, sos tiram, sos ikan & sos cili.
4. Tuangkan air rebusan daging, gula & sedikit garam. Masukkan daging.
5. Apabila mendidih, masukkan cili merah, bwg besar & tomato, masak hingga pekat
selepas itu matikan api.

Sotong Masak Kicap
SOTONG MASAK KICAP
RESEPI ASAL : My Mum
1/2 kilo sotong sederhana besar
2 sudu kecil tepung jagung - bancuhkan dengan air
BAHAN A :
3 biji bwg putih - hiris
1/2 inci kayu manis
1 inci halia - hiris
BAHAN B :
3 sudu besar sos tiram Knorr
Kicap hitam secukupnya / kicap Adabi - ikut suka nak sehitam mana kuahnya
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam
BAHAN C :
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 biji cili merah - belah 2
CARA :
1. Tumiskan BAHAN A. Bila sudah naik bau, masukkan sotong.
2. Bila sotong kelihatan 1/2 masak, masukkan BAHAN B.
3. Kacau rata, pastu masukkan air tepung jagung.
4. Masukkan pula BAHAN C.
5. Bila sotong mulai masak, sesuaikan rasanya, kemudian matikan api.

Daging Masak Hitam
DAGING MASAK HITAM
RESEPI ASAL : Deja Moss
1/2 kg daging
2 sudu besar lada hitam - tumbuk
4 sudu besar kerisik
1 1/2 sudu kecil jintan manis - tumbuk
1 1/2 sudu kecil jintan putih - tumbuk
1 biji kelapa - ambil santannya
1/2 mangkuk kicap pekat/kicap manis Adabi
BAHAN MESIN :
6 ulas bwg merah
4 ulas bwg putih
3 batang serai
1/2 inci lengkuas
1 inci halia
CARA :
1. Tumiskan bahan yang telah di mesin.
2. Bila sudah naik bau, masukkan daging.
3. Pastu, kacau sekali-sekala, masak hingga daging mulai kecut.
4. Kemudian, masukkan kicap, lada hitam gaul suapaya sebati.
5. Masukkan santan, sentiasa kacau supaya santan tidak berkepala.
6. Bila kuah hampir kering baru masukkan kerisik & garam secukup rasa.
Ayam Masak Lemak Cili Padi
AYAM MASAK LEMAK CILI PADI
RESEPI ASAL : My Mum
1 ekor ayam - potong saiz sederhana
1 inci kunyit hidup - tumbuk
30 biji cili padi - tumbuk
3 batang serai - diketuk
5 biji bwg merah - hiris
1 inci halia - hiris
Santan dari 1 biji kelapa
3 biji kentang - belah 2
CARA :
1. Masukkan semua bahan di dalam periuk, kecuali kentang.
2. Jerang atas api, kacau sekali-sekala supaya santan tidak berkepala.
3. Kemudian, masukkan kentang.
4. Biarkan kuah mendidih agak lama supaya ayam masak dengan sempurna.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Bila ayam sudah masak, kentang sudah empuk, matikan api.
Monday, February 16, 2009
Ralat
Friday, February 6, 2009
Ayam Masak Merah
Cik Soda nyer respi kebanyakan simple2 & masak2 kampung jer.. Takder gak hiasan2 segala.. hehe.. Lagipon, apa yang ada dalam fridge, itulah yang dimasak, kecuali kalau dah plan nak masak apa, baru leh wat deco2 sket.. Hehehe..
AYAM MASAK MERAH
RESEPI ASAL : My Mum
6 ketul ayam - potong sederhana
8 sudu besar cili kering blender
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar gula
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Bahan Tumbuk/Blend :
1 inci halia
4 biji bwg putih
1 biji bwg besar
CARA :
1. Ayam dgaul garam kunyit, goreng & angkat.
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk/blend hingga kekuningan & wangi.
3. Masukkan cili kering, kacau sebentar.
4. Kemudian, masukkan tomato sos, gula & garam secukup rasa. Kacau hingga terbit minyaknya, pastu masukkan ayam yang telah dgoreng tadi.

Thursday, February 5, 2009
Pucuk Ubi Masak Tempoyak
PUCUK UBI MASAK TEMPOYAK
RESEPI ASAL : My Mum
1 ikat pucuk ubi - drampai halus
1 ikat petai - belah dua, ambil isinya
3 batang serai - hiris nipis
2 helai daun kunyit - mayang halus
5 biji bwg merah - mayang halus
5 sudu besar tempoyak
25 biji cili api - tumbuk (nak pedas, tambah lagi..)
Santan dari 1 biji kelapa - santan pekat (jangan cair..)
Setengah mangkuk kecil ikan bilis
Sedikit serbuk kunyit - untuk mencantikkan kuah
Garam gula & secukup rasa
CARA :
1. Masukkan semua bahan dalam periuk, kemudian masukkan santan.
2. Masak hingga kuah setengah pekat.
3. Kemudian, masukkan garam & gula, sesuaikan rasanya & matikan api.

Subscribe to:
Posts (Atom)