SUMBER : Kak Liza
2 cawan gula kastor
1 3/4 cawan tepung gandum ]
3/4 cawan serbuk koko ] ayak 2 kali
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik ]
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat ]
1 sudu kecil garam
2 butir telur
1 cawan susu segar
1/2 cawan minyak masak
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan air panas
CARA :
1. Panaskan ketuhar pada 350 F.
2. Masukkan gula ke dalam mangkuk pembancuh.
3. Masukkan bahan yg diayak dan garam ke dalam mangkuk yang sama.
4. Di dalam mangkuk lain, masukkan telur, susu, minyak dan vanilla. Pukul sekadar semua bahan sebati, menggunakan whisk.
5. Tuangkan bahan cecair ke dalam adunan tepung dan pukul dengan menggunakan mixer dengan kelajuan sederhana sehingga berkerim.
6. Tuangkan air panas ke dalam bancuhan dan kacau menggunakan whisk hingga sebati.
7. Tuangkan ke dalam acuan cupcakes kertas dan bakar selama 20- 25 minit atau sehingga masak.
8. Biarkan sejuk dan hiaslah mengikut kreativiti sendiri.
VANILLA CUPCAKES
SUMBER : Siti Noraini
kuantiti : 38 - 40 pcs size S
250 gm mentega
230 gm gula kastor
250 gm tepung naik sendiri, diayak
5 biji telur size A/B
1/4 cwn susu segar UHT
1 sdt esen vanila
Optional - filling bluberi, kiwi, strawberi dsb.
CARA :
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan bertukar warna.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi. Masukkan esen vanila.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu. Tuang sehingga habis.
4. Kaup balikkan adunan tadi supaya rata dan sebati. [Jika menggunakan mixer, guna kelajuan yang paling rendah].
5. Akhir sekali, cedukkan sesudu adunan ke dalam cawan kertas kemudian bubuh 1/2 sdt bluberi filling di tengahnya dan kemudian cedukkan lagi sesudu adunan dan letakkan di atasnya.
6. Ulang proses sehingga habis ke semua adunan dan bolehlah dibakar dengan suhu 170' C selama 20 minit atau sehingga masak.
BLUEBERRY CUPCAKES
SUMBER : Mat Gebu
BAHAN UNTUK KEK :
175 g mentega
115 g gula kastor
1 camca teh ovallate
2 biji telur gred A
135 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
30 g susu pekat manis
1 camca teh esen vanilla
BAHAN UNTUK BUTTERCREAM :-)
125 g mentega
125 g creamwell
100 g susu pekat manis
40 g gula aising, diayak
1 camca teh esen vanilla
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan mentega dan ovallate, pukul rata, masukkan gula dan putar hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang. Tuang susu pekat manis dan kacau rata.
- Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, masukkan esen vanilla dan gaul rata. Sudukan 1/2 penuh dalam setiap muffin cup. Buat hingga siap. Dapat lebih kurang 12 biji, bergantung pada saiz muffin cup masing2.
- Isikan 1/2 camca teh blueberry filling pada setiap adunan. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Biarkan kek sejuk sepenuhnya atas jaringan.
- UNTUK BUTTERCREAM :- Putar semua bahan untuk buttercream sehingga kembang dan putih, gunakan kelajuan sederhana untuk mendapat hasil yang halus dan cantik. Kemudian boleh lah hias atas cupcake yang telah sejuk tadi mengikut kreativiti masing2...
* Gambo : Cilok dari Google... Keke..
* Respi : Kitab respi Soda