Friday, January 30, 2009
Sambal Terung Rembang
RESEPI ASAL : My Mum
1 mangkuk terung rembang
Selonggok udang atau boleh gantikan dengan ikan bilis
1 1/2 senduk gulai cili kering blender
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 sudu besar asam jawa - dbancuh dgn air (sederhana pekat)
1 inci belacan
1/2 biji kelapa - ambil santan pekat sahaja
Garam & gula secukup rasa
CARA :
1. Satukan belacan dengan cili blend, pastu tumis hingga naik minyak.
2. Masukkan terung & kacau hingga setengah masak.
3. Masukkan pula santan dengan air asam pekat, bila mendidih masukkan bawang besar & udang, kacau sampai kuah hampir pekat.
4. Kemudian, masukkan garam & gula secukup rasa.
5. Bila dah sesuaikan rasanya, kuah pun sudah terbit minyak, bolehlah matikan api.
Keropok Lekor
KEROPOK LEKOR
RESEPI ASAL : Mek De Tganu
1 cawan isi ikan selayang - siang & buang tulangnya
1/2 cawan tepung sagu
Sedikit garam
CARA :
1. Tumbuk isi ikan, tepung & garam hingga hancur.
2. Bila dah hancur, bancuh sedikit dengan air sejuk (air peti).
3. Taburkan sedikit tepung ke atas tempat yang hendak di golekkan keropok,
supaya ia tak melekit.
4. Gentelkan keropok sebesar ibu jari sepanjang 3 inci. Bila semuanya siap dgentel, didihkan air dalam periuk, masukkan keropok & rebus hingga keropok itu timbul.
5. Angkat keropok yang sudah timbul, letak dalam satu bekas, gaulkan minyak.
6. Kemudian, boleh lah dgoreng seperti biasa.
SOS KEROPOK
1/2 mangkuk cili kering blender
1/2 mangkuk asam jawa - cair
1 buku Gula Melaka
Garam secukup rasa
CARA :
1. Satukan bahan di dalam periuk.
2. Masak hingga kuah mendidih.
3. Jika kurang manis, tambahkan lagi gula secukup rasa.
Wednesday, January 28, 2009
Lontong
RESEPI ASAL : My Mum
Nasi himpit Adabi atau Nasi Himpit buatan sendiri.
Cara buat Nasi Himpit :
1 pot beras & 4 pot air - Guna tin susu yg pendek
a) Masak macam nasi biasa.
b) Setelah masak, kacau dengan senduk supaya nasi hancur.c) Masukkan dalam loyang, ratakan dengan plastik supaya bahagian atasnya licin.
d) Tutup semula dengan plastik, supaya permukaannya tidak kering.
e) Tutup loyang dengan penutup periuk yg boleh msuk dalam loyang tu.
f) Kemudian letak lesung batu di atasnya.
Bahan Kuah :-
2 biji bwg besar
6 biji bwg putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 batang serai
* Seme bahan di atas - blend
3 sudu besar udang kering
1/2 kilo udang basah - sederhana besar
1 ikat kacang panjang - potong 1 1/2 inci
1 mangkuk sedang tempe - hiris 4 segi kasar
1/4 buku kubis - hiris
4 keping tauhu - potong 6
1 bungkus kecil suun - rendam
1 bungkus besar fucuk - rendam & bila dah lembut guntingkan
2 batang lobak merah - hiris bulat (sederhana tebal)
4 biji cili merah - hiris atau belah dua sahaja
1/2 biji kelapa - ambil santannya
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
CARA :
1. Tumis bahan blender dengan sedikit minyak sehingga layu sahaja.
2. Pastu, masukkan santan, kacang pancang, lobak, kubis.
3. Bila kuah mendidih, masukkan tempe, tauhu, suun, fucuk, cili merah, udang basah, udang kering & garam.
4. Masukkan serbuk kunyit untuk cantikkan kuah. Kacau kemudian matikan api.
5. Bolehlah dhidang & dimakan bersama kuah kacang atau sambal sotong kembang.
Sambal Serodeh
SAMBAL SERODEH
1 mangkuk ikan bilis
1 biji bawang besar - potong bulat
4 keping petai - ambil isinya sahaja
6 tangkai daun kesum
1/4 inci kunyit hidup/Serbuk kunyit
30 biji cili padi
3 sudu besar tempoyak
Air untuk membancuh
CARA :
1. Tumbuk lumat cili padi dengan garam & kunyit hidup (kalo guna kunyit hidup la..)
2. Masukkan bawang, ikan bilis, daun kesum dalam mangkuk besar. Masukkan juga bahan telah yang dtumbuk.
3. Kemudian, masukkan tempoyak. Curahkan air secukupnya untuk membancuh (untuk kuah).
4. Gaul rata semua bahan di dalam mangkuk tadi.
5. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, gorengkan sambal tadi hingga masak.
6. Jika nak kuah lebih, lebihkan airnya. Tapi jika suka sambal itu pekat, masakkan hingga kuah hampir pekat, baru tutup api. Jangan lupa, sesuaikan rasa garamnya ya..!
Tumis Air Fucuk
RESEPI ASAL : Diri Sendiri
1 paket fucuk - rendam hingga lembut
1 paket suun - rendam hingga lembut
1 biji petola - buang kulit & hiris serong
2 kiub tauhu (jika suka) - potong 6
2 biji kentang - belah 4
2 biji bawang merah - hiris
1 biji bawang putih - hiris
1 sudu kecil serbuk pati ayam Knorr
Sedikit ikan bilis
cendawan kering (jika suka) - rendam hingga lembut
Air secukupnya - untuk kuah
CARA :
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah & ikan bilis hingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya untuk kuah.
3. Selepas itu, masukkan serbuk pati ayam, kacau rata.
4. Kemudian, masukkan kentang.
5. Bila kuah mendidih, masukkan petola, fucuk, suun & cendawan.
6. Letakkan garam secukup rasa. Matikan api.
* Jika suka, setelah siap di masak, taburkan daun bawang, daun sup serta bawang goreng.
Sambal Petai Goreng Cili Padi
SUMBER : My Mum
1 mangkuk ikan bilis
4 keping petai - belah & ambil isinya
30 biji cili padi
8 biji bawang merah - hiris
CARA :
1. Tumbuk cili dengan sedikit garam.
2. Gorengkan ikan bilis hingga rangup.
3. Goreng pula bawang merah hingga garing.
4. Kemudian, goreng pula petai. Setelah itu, terus sahaja masukkan cili yang telah ditumbuk, bila cili masak, masukkan ikan bilis & bawang yang telah di goreng tadi.
5. Kacau rata, kemudian matikan api.
Thursday, January 22, 2009
Ayam Goreng Cili Api
RESEPI ASAL : Shiela Rusly
1/2 ekor ayam di potong
7 batang serai - hiris nipis
30 biji cili padi
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia
4 biji bwg putih
6 biji bwg merah
1 biji kelapa - ambil santannya (pekat)
CARA :
1. Ayam dgaul garam kunyit kemudian dgoreng. Angkat.
2. Tumbuk cili padi sampai hancur. Masukkan kunyit, kemudian tumbuk.
3. Masukkan bwg putih, bwg merah, halia kemudian tumbuk.
4. Panaskan minyak, goreng serai, masukkan bahan yang dtumbuk, goreng sampai naik minyak.
5. Masukkan santan pekat, masukkan garam secukup rasa,
kemudian ayam yang telah dgoreng tadi.
6. Biarkan kuahnya nampak sedikit pekat & berminyak, kemudian tutup api.
Mi Goreng Kampung
RESEPI ASAL : My Mum
1/2 kg mee kuning
3 sudu besar cili kering (blend)
2 sudu bessar sos tiram
3 sudu besar sos tomato Life
6 sudu besar kicap manis Adabi
4 biji bwg putih - tumbuk
3 sudu besar ikan bilis - tumbuk (utk perasa)
3 pokok sawi
10 ekor udang - sederhana besar
Sedikit taugeh
CARA :
1. Tumiskan bawang putih & ian bilis.
2. Bila bahan dah garing, bewarna kekuningan masukkan cili kering.
3. Kemudian, masukkan kicap, sos tiram, sos tomato.
4. Masukkan pula udang. Bila udang sudah bertukar warna, masukkan sawi.
5. Selepas itu, barulah dmasukkan mee, balik-balikkan supaya ia rata.
6. Masukkan taugeh, kacau sekejap kemudian tutup api.
* Enak dmakan bersama lada jeruk..
Pentingnya Sarapan Pagi
Secara saintifiknya, membiarkan perut kosong kerana semalaman tanpa makanan akan menyebabkan kandungan glukosa dalam darah menjadi rendah di sebelah pagi. Kandungan glukosa dalam darah yang rendah seterusnya boleh membawa kepada berbagai masalah fisiologi & fizikal seperti pening, pitam, lesu, lenguh, sakit-sakit badan, mudah marah & perasaan bimbang. Nyata, sarapan banyak membantu kepada perkembangan otak seharian. Jadi, kenapa perlu mengelak untuk mengambilnya.
10 Tip Sihat Tidur Lena Di Malam Hari
1 Ada tiga persekitaran yang baik untuk tidur nyenyak. Pertama, pastikan ruang bilik anda segelap mungkin. Gunakan langsir yang gelap atau penutup mata untuk tidur. Kedua, ruang bilik harus tenang. Ketiga, suhu bilik berada pada suhu 27 darjah selsius atau ke bawah.
2 Tidur yang buruk berpunca daripada perasaan takut, cemas, obsesi, perasaan marah yang berpanjangan, tekanan serta masalah emosi & spiritual. Bebaskan diri anda daripada belenggu-belenggu ini.
3 Tidur yang tidak nyenyak disebabkan oleh rendahnya kadar serotonin. Serotonin dapat ditingkatkan dengan penambilan produk tenusu seperti pisang. Elak ambil protein sebelumtidur , dikhuatiri anda akan terbangun pada tengah malam. Ambil makanan berkarbohidrat ringan contohnya biskut kira-kira satu atau dua jam sebelum waktu tidur.
4 Selepas makan malam, berjalan-jalanlah atau lakukan senaman ringan kira-kira tiga jam sebelum tidur. Senaman yang terlalu hampir dengan waktu tidur akan mempengaruhi tidur anda. Senaman yang lebih cepat membantu anda menjadi relaks.
5 Sebelum anda bersiap untuk berehat, minumlah setengah cawan teh herba yang mengandungi tumbuh-tumbuhan herba atau 'chamomile'.
6 Ubahlah apa yang anda makan. Jangan minum atau makan sesuatu yang mengandungi kafein sebelum malam tiba. Coklat, teh, kopi & minuman bersoda sebaiknya dielakkan pada waktu petang. Periksa kandungan setiap minuman yang anda ambil.
7 Sinaran matahari yang secukupnya diperlukan sepanjang hari untuk mengatur kitaran tidur. Jika anda seorang yang aktif pada waktu malam & tidur siang, anda akan memerlukan kotak lampu untuk menambah cahaya sepanjang hari.
8 Jika anda mengalami gangguan tidur, jangan segera menonton televisyen. Warna & cahaya terang daripada televisyen akan merangsang otak untuk bekerja. Sebaiknya, cubalah membaca hingga anda mengantuk semula.
9 Jika anda terjaga di malam hari, jangan hidupkan lampu atau melihat jam. Ia akan merangsang otak bekerja. Berbaringlah di katil hingga anda lembali tertidur. Jika anda masih tidak mengantuk, bangun & pergilah ke ruangan lain & membaca bacaan ringan hingga terasa mengantuk. Kembali ke tempat tidur & berbaring. Berehat dengan tenang biarpun anda tidak mungkin tertidur lagi.
10 Buat jadual rutin yang tetap. Masuk tidur & bangunlah pada waktu yang sama.
TIP AGAR TIDUR LEBIH NYENYAK
> Mandi air hangat
> Tidur pada waktu yang tetap pada setiap hari
> Elakkan tidur siang
> Membaca ( bacaan yang ringan ) > Mencatat segala aktiviti hari ini dan esok > Elakkan makan berat sebelum tidur > Tidur di ruangan yang gelap & tenang > Minum segelas susu panas sebelum tidur
INFO : Segelas susu panas membantu mengatasi gangguan tidur. Ia memberi kesan relaks & tenang pada tubuh, memperlambatkan metabolisme & menimbulkan rasa mengantuk...
Wednesday, January 21, 2009
Ikan Bakar Berkelapa
IKAN BAKAR BERKELAPA
RESEPI ASAL : Chef Iskandar
3 ekor ikan kembong - sebaiknya guna ikan talapia
3 helai daun kunyit / boleh guna daun pisang
BAHAN A :
Garam & gula secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit - agak2 jek
BAHAN B :
3 biji bwg merah - tumbuk
2 sudu besar serbuk kari ikan
3 sudu besar kelapa parut
3 sudu besar cili kering blender
3 sudu besar serbuk cili
1 helai daun kunyit - hiris
CARA :
1. Bersihkan ikan, kemudian gaul ikan dengan BAHAN A.
2. Kemudian, gaulkan pula ikan dengan semua BAHAN B, bila semuanya sebati pada ikan, balutkan ikan dengan daun kunyit, bakar hingga masak.
* Boleh dbakar di dalam kuali, dengan syarat sapu minyak pada daun kunyit sebelum membalut ikan, letakkan juga sedikit minyak ke dalam kuali supaya ikan tidak melekat.
Terung Goreng Kampung
TERUNG GORENG KAMPUNG
RESEPI ASAL : Wan Raub
2 biji terung panjang - belah 2 kenudian hiris serong
15 biji cili padi - tumbuk
3 biji bwg besar - tumbuk
1 biji bwg putih - tumbuk
Sedikit ikan bilis - tumbuk
1 sudu besar sos tiram
Kicap secukupnya - agak2 jek la
Garam secukup rasa
Air masak secukupnya
CARA :
1. Tumbuk lumat cili padi kemudian masukkan bwg merah & bwg putih sebaiknya dhiris kasar terlebih dahulu kemudian baru ditumbuk tapi jangan sampai lumat, sekadar hancur kasar jer.
2. Masukkan pula ikan bilis, tumbuk tapi jangan sampai lumat, sekadar pecah2 sket jer dah cukup.
3. Panaskan kuali, tumis bahan yg ditumbuk.
4. Bila cili dah agak masak, masukkan terung, kicap, sos tiram serta air (untuk kuah).
5. Kacau rata, kemudian tutupkan kuali dengan penutup supaya terung cepat empuk.
6. Setelah beberapa minit, buka penutup kuali dan masukkan garam secukup rasa.
7. Bila terung benar2 lembut, matikan api.
Tuesday, January 20, 2009
Sambal Udang Daun Kunyit
Selamat menjamu mata yer kawan-kawan... Hik hik...
SAMBAL UDANG DAUN KUNYIT
RESEPI ASAL : Arwah Nenek
4 ekor udang galah / udang biasa
1 biji bwg besar - hiris bulat
1 1/2 senduk gulai cili kering (blend)
1 helai daun kunyit
1 1/2 cawan santan pekat
2 sudu besar gula melaka
CARA :
1. Panaskan minyak secukupnya, tumis cili kering.
2. Bila cili sudah naik minyak, masukkan santan.
3. Kacau hingga mendidih, masukkan bwg besar, masukkan gula melaka & garam secukup rasa.
4. Kacau kuah hingga ia menjadi separuh pekat.
5. Masukkan udang & daun kunyit. Balik2 kan udang.
6. Masak hingga kuah menjadi pekat kemudian tutup api.
Monday, January 19, 2009
Kek Koko 3 in 1
Nama kek ni 3 in 1 pasal, kek ni di adun menggunakan tiga respi. Sebenarnya pada hari sabtu lepas, teringin sangat nak makan kek tapi nak wat kek secara jimat kos.
Ada la jugak bahan yg di beli, tapi tak sampai seploh hengget,
tambah sket bahan2 yg ada kat umah. So, fikir punya fikir, dapat 1 idea, belek2 respi... Gabung mana yang patot, maka terhasil lah kek seperti gambar di atas.. Hehehehe...
KEK KOKO 3 in 1
BAHAN A
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula halus
1 cawan koko biasa/vochelle
1 cawan milo
1 sudu kecil baking powder
BAHAN B
2 biji telur
2 sudu kecil esen vanilla
BAHAN C
1 1/2 cawan susu cair ideal
3/4 cawan minyak masak
1 cawan air panas (betul2 panas gelegak punya...)
200gm coklat rice
CARA :
1. Masukkan ke semua BAHAN A dalam satu bekas. Gaul rata.
2. Dalam mangkuk lain, masukkan BAHAN B, kacau
kemudian masukkan dalam bekas yang ada BAHAN A tadi.
3. Masukkan pula BAHAN C ke dalamnya, kacau rata hingga semuanya sebati.
4. Masukkan adunan ke dalam loyang & bakar hingga masak.
* Kek ni senang, tak perlu pukul beriya sangat, gaul macam nak wat nestum untuk budak2 jer. Hehehehe....
Ikan Siakap Kukus
IKAN SIAKAP KUKUS
RESEPI ASAL : My Mum
1 ekor ikan siakap
4 biji bwg putih - hiris
1 inci halia - hiris
1 tin cendawan butang - hiris
1 ikat daun sup & daun bawang - hiris kasar
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar taucu
2 sudu besar sos tiram
2 biji cili merah - hiris (atau kalau nak padas guna beberapa biji cili padi hiris)
Sedikit lada sulah/pepper sarawak
CARA :
1. Bersihkan ikan, cuci bersih2 dengan garam kasar, asam jawa & air beras. Selepas dcuci bersih, gaulkan ikan dengan garam secukup rasa.
2. Kemudian, gaulkan ikan dengan pepper, taucu, sos tiram & minyak bijan.
3. Dalam pinggan/loyang pengukus, taburkan pula bwg putih, cili, daun sup, daun bwg, cendawan butang. Kemudian letakkan ikan ke dalam pinggan/loyang.
4. Selepas itu, taburkan lagi lebihan bwg putih, cili, daun sup, daun bwg, cendawan butang ke atas ikan.
5. Kukus ikan hingga masak.
Friday, January 16, 2009
Rendang Daging Kicap
RENDANG DAGING KICAP
RESEPI ASAL : Kawan Mak (Org Penang)
1 kilo daging lembu
25 tangkai cili kering - blend halus
12 biji bwg merah - blend halus
10 biji bwg putih - blend halus
2 inci halia
2 biji bwg besar
1 cawan santan pekat (bwg besar & santan, blend sekali)
1 sudu besar jintan putih
3/4 cawan kicap manis kipas udang
1 biji limau nipis
Daun ketumbar, garam secukupnya
Bahan Tumis :
Buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih & bunga lawang,
minyak masak secukupnya.
CARA :
1. Cuci daging & toskan.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan tumis.
3. Masukkan pula bawang2 blender, biar sampai garing. Bila wangi masukkan cili kering, kacau rata biar sampai pecah minyak & masak sampai garing.
4. Masukkan daging yang telah ditoskan tadi. Kacau rata & biar mesra dengan rencah.
5. Selepas itu, masukkan jintan putih & kicap.
6. Biar sampai daging masak 3/4, barulah masukkan santan dan juga bwg besar blender, masukkan garam secukup rasa.
7. Bila daging telah betul2 masak, masukkan perahan limau nipis & kecilkan api biar agak2 pekat kuahnya, taburkan daun ketumbar. Kacau sesekali & tutup api.
8. Boleh dhidangkan siap untuk dmakan dgn Nasi Tomato atau Beriani.
Thursday, January 15, 2009
Cucur Blues
CUCUR BLUES
RESEPI ASAL : Mak Cik Pah (Mak Saudara Sharifah Shahirah)
500gm tepung gandum
1/2 biji kubis - hiris nipis
1/2 kiub pati ayam Knorr
1/2 mangkuk ikan bilis
1 ikat daun sup - hiris nipis
1/2 biji bwg besar - potong dadu nipis
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
Garam secukup rasa
Air secukupnya utk membancuh
CARA :
1. Masukka semua bahan di atas dalam satu mangkuk/besen.
2. Biarkan aduan dalam 1/2 jam atau paling lama satu hari (dalam fridge)
3. Goreng cucur seperti biasa, bila kekuningan angkat & bolehlah di makan dengan cili sos.
Butter Prawn
BUTTER PRAWN
RESEPI ASAL : Chef Ismail
1/2 kg udang sederhana besar
6 biji bwg merah - hiris
5 batang serai - hiris nipis
20 biji cili api - potong dadu
5 tangkai daun kari
2 biji kuning telur
3 sudu besar butter/marjerin
1 sudu kecil pati ayam Knorr
sedikit tepung beras/tepung jagung
CARA :
1. Cuci bersih udang, jika nak buang kepala pun boleh kemudian toskan.
2. Gaulkan udang dengan garam dan tepung, goreng hingga masak, ketepikan.
3. Dalam kuali lain, panaskan butter, goreng serai yang telah dihiris hingga lembut.
4. Masukkan bwg, goreng hingga layu.
5. Masukkan pula daun kari, biarkan ia layu sedikit, masukkan cili api.
6. Masukkan pati ayam dan udang yang telah di goreng.
7. Kemudian, masukkan pula kuning telur, kacau supaya telur itu sedikit hancur.
8. Gaul rata kemudian boleh lah di hidang.
* Tak perlu letak garam dalam masakan ni kerana udang sudah di gaul garam, kiub juga masin. tapi terpulang pada selera masing-masing...
Wednesday, January 7, 2009
Coklat Tidak Menggemukkan
Coklat..! Erm.. Berapa ramai orang yang sering mempersoalkan coklat boleh mendatangkan kegemukan. Hal ini harus diperjelaskan serta difahami sebaiknya. Coklat yang dimakan pada tahap yang tidak melampau tidak akan membuatkan tubuh bertambah berat badan. Makan dengan kadar yang sederhana diiringi dengan senaman kardiovaskular adalah rahsia mengekalkan berat badan sihat. Persatuan Pemakanan Amerika menasihatkan, “Coklat boleh dimakan secara sederhana.”
Hal ini sudah diperakui, jadi makanlah coklat tanpa ragu-ragu namun pastikan ianya diambil secara sederhana ya.
Ketawa Sepuasnya...
Cara mudah untuk merangsang ‘mood’ dan menyihatkan anda ialah ketawa. Seminit ketawa boleh merelakskan anda selama satu jam. “Ketawa merendahkan kadar hormon stress dan merangsang pengeluaran endorphin” kata Lee Berk, Profesor Madya kajian patologi di "Loma Linda University", California. Kajian yang dijalankan oleh Berk menunjukkan bahawa ketawa merangsang peningkatan hormon endorphin sebanyak 27 %. Anda juga mendapat faedah senaman iaitu, apabila anda ketawa, anda bernafas dengan cepat sekaligus memberikan senaman ringan pada leher & bahu. Dengan ketawa juga, kadar oksigen di dalam darah bertambah, memperbaiki peredaran darah dan mengurangkan kadar degupan jantung.